Tuesday, April 27, 2010

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR [Dr. Fadzilah Kamsah]


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Monday, April 26, 2010

4 Sahabat yang Dungu

Pada zaman dahulu kala..ade 4 orang sahabat baik yg menuntut ilmu dengn seorang wali di sebuah gue yg gelap. Setelah sepurname mereka bertapa..tamatlah pengajian mereka. Mase yg ditunggu telah tibe,tok guru mereka menganugerahkn setiap seorang satu kesaktian.


Yang pertame,dapt sambung anggota badan yg putus..kedue,bleh sembuhkn luke..ketiga..bleh memasuk dan mengalirkan darah kedalam urat saraf..keempat,boleh menghidupkn yg telah mati..bukan main sronok lg mereka berempat ni.


Dh tamat blajo nk wt pe lg kn..baliklh kesemue mereka menuju ke rumah masing2..


Semase berjaln pulang melalui utan yg tebal..mereka ternampak bangkai seekor harimau.

Mereka semua dh tk sabo2 nk test kuase sakti masing2. Lantas lelaki pertama,menyambungkn bdn dan tulang temulang harimau itu..lelaki kedua plk menyembuhkn luka harimau tu..laki ketiga plk,mengalirkn semula darah dlm haiwan tersebut..manakala laki keempat menghidupkn nye semula.


Sebaik sje harimau tu bukak mate,terus diterkam dan dibahmnye keempt-empat sahabat tersebut!!

Ambiklah pengajaran dr kisah diatas,walupun kte mempunyai ilmu yg tinggi,tp kalo disalah gunakan akan membinasakn diri kte sendiri..kate org:cerdik biarlah bertempat..