Wednesday, September 22, 2010

Nenek dan Kacang

Sewaktu melawat rumah org2 tua,Ah Seng duduk disebelah seorg nenek.Sambil berbual,ah seng memkn kacang yg terdpt di dalam sebuah balang atas meja disebelahnya.setelah agak lama berbual,ah seng sambil mengunyah kacang tersebut,bertanya kpd nenek berkenaan.

ah seng:nenek tak nak mkn ke kacang ni?sedap nek...

nenek tak boleh mkn cu.nenek cuma makan coklatnya aja,kemudian kacangnya nenek masukkan dlm balang tu.maklumlah,gigi tak ada...

Kenape Perlu Kawin......

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?"
Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ",
jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang."
Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!"
Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?"
Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!"
Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan......."

Kristal - Selagi Ada Rindu (Lirik)

Friday, September 17, 2010

9 cara mudah Membakar Kalori


Tubuh yg cantik dan ramping menjadi impian setiap wanita tak kire dh kawin or yg blum kawin. Tengk je la brape banyk produk yg dijual yg kononnye membntu wanita untuk kurus. Produk2 ini sebenarnye banyk kesan sampingan yg boleh memudaratkn kesihatan kite dan boleh membawa maut!!..kt sini sy ingin berkongsi rahsia merampingkan tubuh anda:

1.mendengar muzik yg mengasyikkn membuatkn kamu berasa kenyang (btul ke?)
2.elakkn makan berlebihan meskipun masih banyak hidangan yg menggoda.
3.kajian yg dilakukan oleh University of Switzerland membuktikan bahawa minum secawan teh hijau akan dapat meningkatkan jumlah kalori yg dibakar.
4.Fokuskn apa yg sedng kamu buat!Elakkan menonton atau membaca sambil makan.
5.luangkan mase utk berehat dan berjalan-jalan selama 20minit di luar rumah. Sinar mtahari yg memancar membantu mengendalikan nafsu makan.
6. gosok gigi selepas makan, denagan cara ini akan mematahkan nafsu kamu utk makan sekali lg.
7.renung makanan yg terhidang di dalam pinggan. Fikirkan aadakah wajar utk kamu habiskan kesemua makan yg ade di depan mate?
8. elakkn meletak sebarang makanan dalam bilik tidur.
9. jangan terlalu ‘keras’ utk berdiet. Kasihani diri sendiri dan yakinlah, lama kelamaan kamu akn kurus dan langsing walaupun terpaksa mengambil mase yg lame.

6 Adab Menyambut Tetamu

1. Sambut kedatangan tetamu kerumah dengan muka yang manis dan senyuman
2. Alu-alukan kedatangan mereka dan ucapkan terima kasih sambil menjemput mereka masuk
3. Teman mereka buat seketika sambil bertanya khabar. Jika perlu melayan tetamu yang lain, minta diri dengan sopan.
4. Sentiasa peka dan pastikan apa kehendak tetamu. Mungkin ada pinggan atau sudu yang tidak mencukupi.
5. Kenalkan para tetamu anda. Boleh juga mereka berbual-bual sesama sendiri apatah lagi kebetulan waktu itu anda sibuk kesana dan kesini.
6. Apabila mereka hendak pulang, jangan lupa bersalaman dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Jangan lupa, sebagai tuan rumah, mohan maaf andai ada yang terkurang.

Saturday, June 19, 2010

Ungu - Andai Ku Tahu



Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]

Monday, May 31, 2010

13 aurat wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

[color=limegreen]Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Thursday, May 27, 2010

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Tuesday, April 27, 2010

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...

Kenal DIRI dari TARIKH LAHIR [Dr. Fadzilah Kamsah]


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

Monday, April 26, 2010

4 Sahabat yang Dungu

Pada zaman dahulu kala..ade 4 orang sahabat baik yg menuntut ilmu dengn seorang wali di sebuah gue yg gelap. Setelah sepurname mereka bertapa..tamatlah pengajian mereka. Mase yg ditunggu telah tibe,tok guru mereka menganugerahkn setiap seorang satu kesaktian.


Yang pertame,dapt sambung anggota badan yg putus..kedue,bleh sembuhkn luke..ketiga..bleh memasuk dan mengalirkan darah kedalam urat saraf..keempat,boleh menghidupkn yg telah mati..bukan main sronok lg mereka berempat ni.


Dh tamat blajo nk wt pe lg kn..baliklh kesemue mereka menuju ke rumah masing2..


Semase berjaln pulang melalui utan yg tebal..mereka ternampak bangkai seekor harimau.

Mereka semua dh tk sabo2 nk test kuase sakti masing2. Lantas lelaki pertama,menyambungkn bdn dan tulang temulang harimau itu..lelaki kedua plk menyembuhkn luka harimau tu..laki ketiga plk,mengalirkn semula darah dlm haiwan tersebut..manakala laki keempat menghidupkn nye semula.


Sebaik sje harimau tu bukak mate,terus diterkam dan dibahmnye keempt-empat sahabat tersebut!!

Ambiklah pengajaran dr kisah diatas,walupun kte mempunyai ilmu yg tinggi,tp kalo disalah gunakan akan membinasakn diri kte sendiri..kate org:cerdik biarlah bertempat..